Wednesday, 22 May 2013

Exam Intersesi


Ehhh .... bila exam yerw~
entahla kata 27-29/5...
tup..tup ..


bila lecturer wat ANNOUNCEMENT !!!!
exam start 26/5 ni..
sudah gelabah... 
hahhaha..

walaupown dh study skit..
tp tetap takot jgak..
bila dh sebut final ni...
ape2pown..
saya nk wish goodluck kat roomate2 aku yg tersyg ..
kawan2  n sesiapa je la yg amik intersesi ni..
hope kami dapat buat yg terbaik...


jadual ni yg subjek QMT..

 

Tuesday, 14 May 2013

Selamat Hari Guru !!!

ASSALAMMUALAIKUM . . . .

Entry kali ni khas untuk hari guru yg bakal tba..
iaitu esok 16 Mei 2013...

entry kali ni just nk cerita pngalaman aku smbut hari guru...
walaupown aku hnya mgajar kanak2 2 tahun - 4 tahun ..
sbenarnye ianye memberi kesan kepada kanak2 tersebut..
jika kita mngajar mereka bnda2 yg baik..
Insyaallah depa akn ikot...
kalo xelok..maka xelok lah..

ya!! pengorbanan seorg guru mmg besar..
kerana guru2 tersebut telah diamanahkan untuk mndidik
anak2 bangsa supaya menjadi org yg berilmu...

mcm aku ni..walaupown stakat ajar abc,merangkak,
melompat,mewarna,pgang pensil,tangkap bola,baling bola..
tapi bnda2 ni la akan bg effect kat depa..
bnda2 ni adalah permulaan segala bnda..
dan bnda ni akan beri effect yg kuat
kepada kanak2 tersebut..

aku dpt smbut hari guru ni thun lepas..
aku kerja kat taska tiap2 kali cuti sem..
hhuhu..
rasa seronok dpt smbut hari guru ni..
walaupown bdak2 ni xpham erti hari guru..
tap mak ayah depa ajar anak2 supaya mghargai  guru2 
yang telah mndidik mereka n jaga mereka..
depa seronok n berebut beratur nk bgi
hadiah kat ckgu2 depa yg comel2 ni..
heheheh..

hadiah bnyak jgak la aku dapt..
dpat mug,kek,n mcm2 lagi..
best3x..
rugi kalo xjadi ckgu..

apepown.
SELAMAT HARI GURU !!!!
buat warga pendidik di seluruh dunia..
dan juga xterlupa
TERIMA KASIH!!! kepada guru2 saya yg telah mndidik 
anak murid dia ni sehingga la skrang..
JASAMU DIKENANG!!! 



#mug yg aku dapat

#aku guna mug ni kat u..heheh :)




Jalan2 Tahun Baru 2013

ASSALAMMUALAIKUM . . . .

 jom baca entry kali ni.
xdelah yg best sgt pasal jalan2 ni..
tapi its better than none kan..
huhu... :P



nak diceritakan  kami plan nk jalan2 pi manjung ...
tapi disebabkan keta full org sewa..
xdptlah kami nk pi...
tp kami try jgak..
hari 2 jgak kami try call keta sewa..
pnat jgak call..asyik2 voicemail je..
hahaha..
tp tba2 ade abg 2 angkat..
pastu tnya lah de keta sewa x..
abg 2 ckap : "ade dik "
apelagi kami tros ckap nk n terus pi tggu keta...
n bermula perjalanan di cuti tahun baru 2013... 



perjalan ke manjung xlama pon..
dlam 45 min dh smpai...
jalan pown straight je...
hehehe..

1. AEON Manjung


kitaorg smpai  time 2 pown nk dekat tgah hari..
so first2 kami jalan pusing satu aeon 2
smpai la kaki ni nk berhenti dekat mna..
dah jalan2 2 lapar plak kan..
kitaorg mkan dekat foodcourt kat situ..
pas2 dah knyang semua..
azan Zohor pun berkemundang suruh 
umat2 Dia menunaikan suruhan-Nya
kitaorg pun bergerak la ke surau..
masuk surau dia je..
giler sejuk..mcm kat peti ais..
hahha...
lepas solat 2 de jnji dgn sorang abg ni..
dia kata "kalo dtg manjung bgtau la abg,boleh abg
bwak jalan" huhu..apelagi kami pon okay la.
biasalah first time pi sana..
xtau nk pi mna dah..
abg 2 plak mmg org mnjung so boleh la
 jadi tour guide kami..
nak tggu abg ni pown jenuh jgak..
abis pusing satu aeon 2 nk ckap tggu kat mna..
smpailah kaki aku cramp..
jenoh kembar aku urut kaki aku..

2. Teluk Batik n Lumut


mula2 kitaorg pi lumut dulu sbb de kawan nk cari jersi kat situ...
pe lagi..
kitaorg amik kesempatan pusing dekat kwasan situ..
jalan2 smbil masuk ke kdai cenderahati n kedai jual jersi..
bak kata pepatah "rezeki jangan ditolak"
abg 2 blnja kami jersi..
walaupon murah je..
tapi kami hargainye sbb abg 2 beli dgn duit gaji dia..
hehehe
pas2 beli key-chain kat adik aku n simpanan aku sndiri..
sbb maybe nk jejak sana lagi xtau lah bila plak kan..
pas2 kami pown amik la gmbar kenang-kenangan kat situ..
inilah kami..hehehe

gmbar yg aku rasa menarik..huhu

yg laki 2..2 lah tour guide xberbyar kami..abg Hasbullah
skunk ni lak cite kat teluk batik..
kami smpai kat teluk batik dlam waktu asar..
so kami solat la dulu sblum jalan2 kat situ..
lepas solat 2..
kami makan aiskrim n aku pown blnja la abg bullah..
sbb dh jadi tour guide kami..
kami xde niat nk mndi pown.
just nk celup kaki kat situ je..hahaha
kira okayla..tgok pemndangan disitu..


3. Taman Monyet ... :P

taman monyet ni last destination kami sebelum balik..
sbnaqnye xde lah nk tgok moyet ni..
dh jenuh kami tgok monyet ni..
kat UiTM ni pown dh berlmbak monyet..
hahahah..
tp org dh bawak pe lagi..jalan je..
tapi menarik jgak la..
tgok monyet terjun dlam air..
saje je nk wat free show monyet 2..
hahahha..
tapi takot jgak la kat situ..
takot sbb ape..
nnti takot monyet 2 lompat atas kitaorg,..
 bnyak peristiwa yg berlaku kat situ.. 
ape2 pown..mmg lawak..
hahaha


hye..comel x??..hehe

Syafirah,Hanum and me

we again..heheh

Abg Hasbullah (^_^)

dekat tt gntung dlm tmn monyet

my twin n Hanum










Sunday, 12 May 2013

Sejarah Sekolah Menegah Kebangsaan Doktor Burhanuddin,Taiping

Assalammualaikum..
entry kali ni pasal sejarah sekolah aku...tba2 aku teringatkan sekolah aku..
dimana guru2 sekolah  ni telah  mndidik aku sehingga aku jadi skarang ni...
walaupown aku blom mnjadi org yang hebat..
tapi akan ku kenang jasa2 guru ku..



Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin atau nama ringkasnya SMK Doktor Burhanuddin, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan, Taiping, Perak.

Sejarah

Tahun 1967
Sekolah mula dibuka dengan 26 kelas tingkatan 1 – 3. Pelajar ini adalah pelajar Aliran Kebangsaan yang ditempatkan di dua buah sekolah Aliran Inggeris iaitu Sekolah Menengah King Edward VII dan Sekolah Menengah Treacher Methodist, Taiping sejak tahun 1961. Dinamakan Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin bagi mengingati seorang tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan tanah air yang terkenal iaitu Prof. Doktor Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi yang telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 di Taiping, Perak.
Pada mulanya sekolah ini mengandungi 3 Blok (A, B dan C) bangunan 2 tingkat dengan 16 bilik darjah, 1 pejabat, 2 makmal sains, 2 bilik ERT, 3 bengkel dan sebuah kantin. Bilangan guru adalah seramai 23 orang. Pada tahun ini juga peperiksaan SRP kali pertama. Cogan kata asal "Pengetahuan Pandu Penghidupan".
Tahun 1969
Pada 1969, prasarana sekolah ini ditambah dengan satu blok bangunan Blok D yang menempatkan 9 bilik darjah, 2 bilik ERT dan 1 Makmal Sains.
Tahun 1970
Mula menerima pelajar dari SRJK Cina dan Tamil.
Tahun 1971
Sesuai dengan penambahan blok bangunan, kelas tingkatan 4 Aliran Sastera dimulakan pada 1971.
Tahun 1972
Peperiksaan SPM Aliran Sastera diadakan buat kali pertama.
Tahun 1974
Aliran Sains pada 1974 dimulakan. SMK Dr. Burhanuddin menerima pelajar dari SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, SMK Tengku Menteri, Changkat Jering, SMK dato' Haji Hussein, Selama dan SMK Sungai Bayor Selama.
Tahun 1975
Peperiksaan SPM Aliran Sains dan Sastera diadakan. Fizikal sekolah terus berkembang dengan pembinaan 1 blok bangunan 3 tingkat (Blok F) yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 Makmal Sains Tulen.
Tahun 1979
Bagi memenuhi permintaan pembelajaran setempat, kelas Tingkatan 6 Sains diwujudkan pada 1979.
Tahun 1980
Aliran Sastera pada 1980 diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah agama Perak.
Tahun 1981
Pada 1981 Kelas Pendidikan Khas dibuka bagi menempatkan kanak-kanak pekak dan bisu. Pada bulan Jun 1981 Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan Dewan Besar SMK Doktor Burhanuddin.
Tahun 1982
1 Mac 1982, 2 buah blok asrama dibuka bagi menempatkan seramai 250 pelajar lelaki dan perempuan. Pada 1986, sebuah lagi bangunan asrama dibina bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah.
Tahun 1985
Pembinaan Blok Kilat 1 tingkat (Blok E) yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina.
Tahun 1986
Mendapat tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat untuk asrama lelaki. Mula menerima pelajar di bawah Rancangan Khas. Cogan Kata sekolah ditukar kepada “Beriman, Berilmu, Beramal.
Tahun 1987
Pembinaan surau berharga RM 60,000. Pembinaan bangunan koperasi sekolah. Pembinaan stor (berhampiran kantin) dan Bilik Disiplin.
Tahun 1988
Tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat (Blok G) mengandungi 10 bilik darjah.Bilik Sumber KBSM ditubuhkan.
Tahun 1991
Pusat Sumber Sekolah dipindahkan dari Blok D ke Blok G.Bilik Urusetia Peperiksaan diwujudkan dan tempat letak kereta siap dibina.
Tahun 1992
8 Ogos 1992 perasmian Dewan Syukri (Dewan Makan Asrama), Pusat Sumber Suri dan Bilik Gerakan Lokman Hakim oleh Puan Suri Yahya, isteri Allahyarham Doktor Burhanuddin Al-Helmi. Manakala Disember 1992 Kelas Aliran Agama Tingkatan 1 bermula. Menaikkan taraf Kantin Sekolah. Pembinaan kolam.
Tahun 1993
Membina benteng banjir yang kerap melanda SMK Doktor Burhanuddin. Membina tempat letak basikal pelajar.Memindahkan Bilik Guru daripada Blok C ke Blok G.
Tahun 1994
Pembinaan laluan berbumbung, menghubungkan Asrama dengan Surau.
Tahun 1995
Pembinaan Astaka Perhimpunan dan Astaka Padang.
Tahun 2001
Kelas Tingkatan 4 Pengajian Islam Aliran Sains bermula.
Tahun 2002
Bagi memastikan perkembangan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah ini selari dengan arus semasa, 1 blok Makmal Komputer yang menempatkan 2 buah makmal Komputer siap dibina.
Tahun 2003
Dataran Kejat tempat meletak kereta dibina.
Tahun 2009
Pembukaan sebuah dewan besar yang digunakan untuk menjalankan berbagai aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum.


 depan pintu masuk sekolah

pondok nilam

gmbar kelas

Dewan Al-Helmy

bangunan lama sekolah













ApAbILa Geng Riuh Pikuk 504 Bertemu (^_^) ~ kami geng

  ASSALAMMUALAIKUM...

okay entry kali ni pasal reunion bdak klas aku..
walaupon xrmai mna,still aku rasa seronok..
sbb dah lama xjmpa depa lepas masing2 amik result spm...
okaylah..
permulaan dia mcm ni..
kitaorg buat reunion ni pown secara mgejut..
sehari sblum kitaorg jmpa baru kita bncang..
time ni negara Malaysia sbuk dgan nk kempen mgundi..
yg kami ni sbuk nk reunion..heheh
biasalah..xckup umur lagi nk mngundi..
wat pe nk pkir..
tp ade je klangan bdak klas kitaorg sbuk berkempen ikot family depa..

aku ni pown sbnaqnye hmpir xdpt pi..
yela..xde kenderaan..
tp ade plak kwan aku volunteer nk tumpangkan aku..
yeay!! seronok kowt dpt pi..
 kami wat reunion ni ptg lepas solat asar..
lepak2 kat Taman Tasik Taiping..

      Taman Tasik, Taiping


kami lepak2 kat taman tasik ni dekat kul 7 ptg...
lepas2 kami decide nk mkan yong tau fu dekat balai bomba...
kat situ femes kowt..
tapi hasrat kami xtercapai..
sbb bndar taiping jammed dgn org berkempen wat kali terakhir
sblum nk mgundi esok paginye..
so kami decide lpas maghrib mkan dekat Wan Seafood
sembng punya sembang..
smbil 2 makan..
jam dh dekat kul 10 malam..
apelagi kna la balik umah..
xbaik pulak anak dara mcm aku ni balik lewat malam..


Antara memori yang dapat dikepilkan disini...
Izaty,Farziana ,Syahida,Fairuzzana


ni kawan aku bg tumpang keta dia

Tuan doktor tgh bncang sesuatu pasal masa depan

#antara yg hadir :)

#ehh aku bg depa makn kek batik..bkn aku buat pown...heheh

#xtau time  ni tgah wat pe..hehhe


#Izwannuddin,Anwar,Amirul Ikhwal,Syahida,Izaty,Farziana,Fairuzzana,Khadijah (me)(insan2 yg de kat dlm gmbar)
#adik2 izaty yg memeriahkan lagi reunion ni..hhehe
#Azizan,Jalaluddin,Faiz(itik) dan  Ridzuan yg terlibat secara langsung
#asmar,kak pah,masliana,zai,amirah,wafi,shi wei,senba,thiru,hakimah,anas,ameer,logeswary,acap hope dpt jumpa kalo wat reunion lagi sekali..