Assalammualaikum..
entry kali ni pasal sejarah sekolah aku...tba2 aku teringatkan sekolah aku..
dimana guru2 sekolah ni telah mndidik aku sehingga aku jadi skarang ni...
walaupown aku blom mnjadi org yang hebat..
tapi akan ku kenang jasa2 guru ku..
Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin atau nama ringkasnya
SMK Doktor Burhanuddin, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan,
Taiping, Perak.
Sejarah
- Tahun 1967
Sekolah mula dibuka dengan 26 kelas tingkatan 1 – 3. Pelajar ini
adalah pelajar Aliran Kebangsaan yang ditempatkan di dua buah sekolah
Aliran Inggeris iaitu Sekolah Menengah King Edward VII dan Sekolah
Menengah Treacher Methodist, Taiping sejak tahun 1961. Dinamakan Sekolah
Menengah Doktor Burhanuddin bagi mengingati seorang tokoh yang telah
memainkan peranan penting dalam perjuangan kemerdekaan tanah air yang
terkenal iaitu
Prof. Doktor Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi yang telah meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 di Taiping, Perak.
Pada mulanya sekolah ini mengandungi 3 Blok (A, B dan C) bangunan 2
tingkat dengan 16 bilik darjah, 1 pejabat, 2 makmal sains, 2 bilik ERT, 3
bengkel dan sebuah kantin. Bilangan guru adalah seramai 23 orang. Pada
tahun ini juga peperiksaan SRP kali pertama. Cogan kata asal
"Pengetahuan Pandu Penghidupan".
- Tahun 1969
Pada 1969, prasarana sekolah ini ditambah dengan satu blok bangunan
Blok D yang menempatkan 9 bilik darjah, 2 bilik ERT dan 1 Makmal Sains.
- Tahun 1970
Mula menerima pelajar dari SRJK Cina dan Tamil.
- Tahun 1971
Sesuai dengan penambahan blok bangunan, kelas tingkatan 4 Aliran Sastera dimulakan pada 1971.
- Tahun 1972
Peperiksaan SPM Aliran Sastera diadakan buat kali pertama.
- Tahun 1974
Aliran Sains pada 1974 dimulakan. SMK Dr. Burhanuddin menerima
pelajar dari SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau, SMK Tengku Menteri,
Changkat Jering, SMK dato' Haji Hussein, Selama dan SMK Sungai Bayor
Selama.
- Tahun 1975
Peperiksaan SPM Aliran Sains dan Sastera diadakan. Fizikal sekolah
terus berkembang dengan pembinaan 1 blok bangunan 3 tingkat (Blok F)
yang mengandungi 12 bilik darjah dan 3 Makmal Sains Tulen.
- Tahun 1979
Bagi memenuhi permintaan pembelajaran setempat, kelas Tingkatan 6 Sains diwujudkan pada 1979.
- Tahun 1980
Aliran Sastera pada 1980 diwujudkan bagi menampung pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah menengah agama Perak.
- Tahun 1981
Pada 1981 Kelas Pendidikan Khas dibuka bagi menempatkan kanak-kanak
pekak dan bisu. Pada bulan Jun 1981 Timbalan Menteri Pendidikan Dato'
Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan
Dewan Besar SMK Doktor Burhanuddin.
- Tahun 1982
1 Mac 1982, 2 buah blok asrama dibuka bagi menempatkan seramai 250
pelajar lelaki dan perempuan. Pada 1986, sebuah lagi bangunan asrama
dibina bagi menampung keperluan pelajar yang semakin bertambah.
- Tahun 1985
Pembinaan Blok Kilat 1 tingkat (Blok E) yang mengandungi 4 bilik darjah telah dibina.
- Tahun 1986
Mendapat tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat untuk asrama lelaki. Mula
menerima pelajar di bawah Rancangan Khas. Cogan Kata sekolah ditukar
kepada “Beriman, Berilmu, Beramal.
- Tahun 1987
Pembinaan surau berharga RM 60,000. Pembinaan bangunan koperasi sekolah. Pembinaan stor (berhampiran kantin) dan Bilik Disiplin.
- Tahun 1988
Tambahan 1 blok bangunan 2 tingkat (Blok G) mengandungi 10 bilik darjah.Bilik Sumber KBSM ditubuhkan.
- Tahun 1991
Pusat Sumber Sekolah dipindahkan dari Blok D ke Blok G.Bilik Urusetia
Peperiksaan diwujudkan dan tempat letak kereta siap dibina.
- Tahun 1992
8 Ogos 1992 perasmian Dewan Syukri (Dewan Makan Asrama), Pusat Sumber
Suri dan Bilik Gerakan Lokman Hakim oleh Puan Suri Yahya, isteri
Allahyarham Doktor Burhanuddin Al-Helmi. Manakala Disember 1992 Kelas
Aliran Agama Tingkatan 1 bermula. Menaikkan taraf Kantin Sekolah.
Pembinaan kolam.
- Tahun 1993
Membina benteng banjir yang kerap melanda SMK Doktor Burhanuddin.
Membina tempat letak basikal pelajar.Memindahkan Bilik Guru daripada
Blok C ke Blok G.
- Tahun 1994
Pembinaan laluan berbumbung, menghubungkan Asrama dengan Surau.
- Tahun 1995
Pembinaan Astaka Perhimpunan dan Astaka Padang.
- Tahun 2001
Kelas Tingkatan 4 Pengajian Islam Aliran Sains bermula.
- Tahun 2002
Bagi memastikan perkembangan pembelajaran teknologi maklumat di
sekolah ini selari dengan arus semasa, 1 blok Makmal Komputer yang
menempatkan 2 buah makmal Komputer siap dibina.
- Tahun 2003
Dataran Kejat tempat meletak kereta dibina.
- Tahun 2009
Pembukaan sebuah dewan besar yang digunakan untuk menjalankan berbagai aktiviti berbentuk akademik dan kokurikulum.
|
depan pintu masuk sekolah |
|
pondok nilam |
|
gmbar kelas |
|
Dewan Al-Helmy |
|
bangunan lama sekolah |
No comments:
Post a Comment